Ikan Transgender

 Ikan Transgender



Ini adalah naratif ringkas untuk memahami artikel tersebut. Saintis mendedahkan pencemaran air memberi kesan negatif terhadap jantina ikan dan pembiakan. Secara saintifiknya, ikan mempunyai keplastikan yang tinggi yang disebabkan oleh faktor biologi, kimia dan beberapa faktor fizikal. Transgender akan mengubah gamet dan menyukarkan menghasilkan progeni.
Dalam akuakultur, spesies akuakultur tertentu seperti tilapia dirancang untuk dijadikan 100% jantan. Sementara itu, industri ikan hiasan lebih cenderong menghasilkan ikan jantan, kerana ciri-ciri fenotip yang menarik. Di samping itu, ikan jantan lebih besar (berotot) daripada betina yang memberi keuntungan dari aspek ekonomi kepada penternak. Oleh itu, beberapa percubaan untuk "mengubah" jantina ikan di peringkat penetasan dilaporkan secara saintifik.
Menggunakan hormon lelaki (testesterone), kawal atur suhu, pH, kemasinan (saliniti) berjaya mengubah benih ikan menjadi jantan. Dari sudut pandangan saya, ikan "transgender" adalah OKAY untuk akuakultur tetapi TIDAK! untuk ekologi.
Sudah tentu, penggunaan hormon masih menjadi masalah besar yang tidak dapat disangkal dalam kalangan saintis. Oleh itu, cara yang betul perlu dipertimbangkan menggunakan ikan transgender, terutama untuk penggunaan manusia.

Comments

Popular posts from this blog

Kehidupan Baru di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli

Voucher Buku 1 Malaysia..

SUMPAH ORANG MELAYU.........