Posts

Showing posts from August, 2013

Kak Norma buat Comeback!

Image
Dulu time darjah 4,mak dah berniaga laksam bagai...... pastu bila prestasi akademik jatuh..xbanyak pon..dari number 1 ke number 6.. Mak rasa bersalah sebab jarang ada kat rumh,tak memberi fokus kepada aku time tu... Then, depa ambik keputusan untuk berhenti berniaga dan memberi fokus kepada anak2 baik.. Alhamdulillah,pengorbanan tu berhasil.... Lani, Ogos 2013.....kami mulakan balik business dulu.... pada mulanya just jual dengan laksam... orang area ni memang suka makan laksam tak kira pagi atau petang.... Seminggu berlalu..sambutan mula2 slow sebab ramai yang belum tau... Masuk minggu kedua,semakin ramai..then,kami pon start menambah menu.. laksa dan bihun sup... Tiba2 bihun,mee,kuetiau sup dan laksa pulak menjadi laris... siap terlajak laris.... sekali orang makan,mesti akan datang lagi.... Setelah hampir 10 tahun berhenti dari berniaga....cabaran kali ni agak mencabar dengan bahan mentah yang semakin mahal dan juga persaingan2 dari kedai berham

SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 56!.

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Negara ke 56 Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.  Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih