Posts

Showing posts from June, 2023

Tips simpan udang isi tak lembik dan lembut

Image
  "Tips simpan udang isi tak lembik dan lembut". Dulu-dulu Bos Cina saya bagi petua. Kalau nak simpan udang tahan lama & fresh isinya, taburkan gula sebelum simpan dlm peti ais. Saya ikut petua nie dr dulu. Mmg betul isi udang tak lembik2 & lembut. Korang kalau nak cuba, boleh cuba." Kredit: FB: Zai Norizah Petua masakan macam-macam orang kongsikan. Hari ini saya kongsikan penjelasan saintifik ringkas disebalik petua-petua macam ini. Untuk ilmu kita semua. Pengawetan makanan adalah proses untuk menjadikan makanan tahan lebih lama (kualiti, rasa dan zat nutrisi). Proses ini bertujuan untuk mencegah pertumbuhan bakteria, yis atau mikroorganisma lain. Namun terdapat beberapa proses pengawetan menggunakan mikroorganisma seperti dalam pembuatan cheese, yogurt, tempe dan lain-lain. Pengawetan makanan juga melibatkan proses menghalang aktiviti pengoksidaan (proses tindakbalas asid lemak politaktepu dengan oksigen) yang menurunkan kualiti visual konsumer. Sebagai contoh,

Ikan Transgender

Image
  Ikan Transgender Ini adalah naratif ringkas untuk memahami artikel tersebut. Saintis mendedahkan pencemaran air memberi kesan negatif terhadap jantina ikan dan pembiakan. Secara saintifiknya, ikan mempunyai keplastikan yang tinggi yang disebabkan oleh faktor biologi, kimia dan beberapa faktor fizikal. Transgender akan mengubah gamet dan menyukarkan menghasilkan progeni. Dalam akuakultur, spesies akuakultur tertentu seperti tilapia dirancang untuk dijadikan 100% jantan. Sementara itu, industri ikan hiasan lebih cenderong menghasilkan ikan jantan, kerana ciri-ciri fenotip yang menarik. Di samping itu, ikan jantan lebih besar (berotot) daripada betina yang memberi keuntungan dari aspek ekonomi kepada penternak. Oleh itu, beberapa percubaan untuk "mengubah" jantina ikan di peringkat penetasan dilaporkan secara saintifik. Menggunakan hormon lelaki (testesterone), kawal atur suhu, pH, kemasinan (saliniti) berjaya mengubah benih ikan menjadi jantan. Dari sudut pandangan saya, ikan