Terlepas Pandang....
Tahukah Anda.....
Sedar atau tidak...negara kita sangat kaya dengan makanan....
ada makanan Melayu,Cina,India,Iban,Kadazan dan berbagai lagi lah..
Pendek kata,kita sangat kaya dan perlu bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya...
Sedar atau tidak..kita makan tidak kira masa..
kat meja makan,dalam kereta,depan television,tempat kenduri,hotel,restoran dan tepian jalanan...
Tetapi budaya kita mencacatkan rezeki Tuhan...
Pembaziran bukanlah satu perkara baru...
Tetapi satu lagi budaya orang kita yang telah lama saya perhatikan dimana-mana sahaja..
apabila tinggal sentuhan yang terakhir..
disitulah berlakunya kritikan..
Mudah ceritanya,"pengelas" atau makanan yg akhir ditinggalkan sedikit di dalam pinggan..
katanya dah tak mampu nak sumbat dalam perut walaupun satu sudu sesuap...
"makanan pengelas" inilah yang ditolak kesana kesini...
dan yang tolong habeskannya Si Kucing...
akhirnya keluar perpatah sendiri..
"Makan makanan yg terakhir dapat isteri /suami yang solehah/soleh"
budaya ini banyak acap kali berlaku dalam komuniti Melayu...
saya tak buat research,tetapi penulisan ini hanya datang dari observation selama hayat ini..
ada juga yang mengatakan,"tinggal sedikit di pinggan,supaya rezki tak putus."
sejauh mana kebenarannya?..
tafsirlah sendiri..
saya pantang orang yang makan jenis ni...
selama saya dok makan,tak dak pula rezki putus..makin bertambah adalah..Alhamdulillah
sesungguhnya,adab dan cara pemakanan kita juga menjadi cerminan kepada sifat keperibadian kita...
Comments