Oh! Abangla


ALOR GAJAH, 25 Jun (Bernama) -- Kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan Malaysia telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan kerajaan Bangladesh dan dijangka memeterai perjanjian tidak lama lagi.

"Kami jangka akan memeterai perjanjian pada bulan Syawal (Julai) ini di Dhaka (Bangladesh), pekerja ini bagi pelbagai bidang terutama perladangan dan bakal memenuhi permintaan pasaran pekerjaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun inisiatif ini hanya melibatkan pekerja yang 'fresh' dari Bangladesh, pendatang asing tanpa izin Bangladesh yang bekerja di negara ini tidak terlibat dan kita akan tetap hantar mereka pulang," katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Terapung Durian Daun, penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan majlis berbuka puasa di Sekolah Menengah Agama Imtiaz Ulul Albab, Durian Daun di sini.

Ahmad Zahid berkata pekerja Bangledesh yang akan dibawa masuk ke negara ini akan dilatih terlebih dahulu di negara itu dan menjadi pekerja separa mahir dan pekerja yang memenuhi spesifikasi keperluan khusus majikan di Malaysia.

Beliau berkata majikan akan dikenakan empat syarat sekiranya ingin menggaji pekerja Bangladesh iaitu pekerja mesti diberikan perlindungan insurans; pekerja diberi kemudahan kediaman secara berpusat; gaji dibayar melalui bank; dan memberikan perlindungan keselamatan secukupnya.

(BERNAMA,25 Jun 2015)

Tertarik dengan cadangan atau keputusan kerajaan kali ini....rakyat diminta positif dalam melihat apa saja keputusan kerajaan..

Apa motif sebenar sampai perlu bawa masuk pekerja Bangladesh sampai 1.5 juta org...kita sedar warganera kita kurang berminat nak keja macamna Bangla bekerja.Thus,the initiative to mitigate human resources problem by hire foreigner. Our governments " at the drop of a hat" outsourced.Sapa pon boleh buat...selesai la sat,pastu KDN juga nanti hat dok kena qeja lebih agaknya la..but these workers will be trained,so tak dak masalah sangat kot la....

Pengalaman saya melihat dan bekerja dengan warga Banggladesh ni,mereka cukup rajin dan lebih baik dari apa yang kita sangkakan..rakan kerja dulu namanya Aminul,degree holder tp sanggup datang Malaysia untuk kerja cleaner.parttime jadi badut kat shopping2 kompleks.

Namun perlu diingat sebaik mana pon kita..anak dirumah perlu disusukan....1.5 juta yang nak bawak masuk, yang dah ada sini dah berapa juta xtau.. dulu depa cukup marah bila Anwar kata undi depa dapat dari 40K Bangladesh (2013).


3 tahun lagi DS Anwar,I tell u lah undi PRU akan datang bertambah jadi 15400000 betoi xtau..xberapa reti matematik ni...

Ada juga dengar,nak 1.5juta ni kutip levi perkerja asing...boleh pigi check sana rate dia

http://www.moha.gov.my/index.php/ms/bahagian-pa-dasar-dasar-semasa/kadar-bayaran-levi-visa-plks

darab lah sendiri,banyak la jugak..boleh la tampung tabung2 mana yang bocor...

Ini hanya apa yang bermain difikiran saya dan rakyat2 marhaen yang tak bijak nih..apa lah nak jadi dengan negara kita.

Dulu kita kritik TunM buat KLCC,jambatan, Putrajaya bazir duit rakyat,at last kita nampak jugak la hasilnya ...maybe it same goes to current leaders too..am I too positive?...yeay. believe in candle of hope... #kipidap.

(reaksi terus dengan keratan akhbar)

Comments

Popular posts from this blog

Disgrace....

Tips simpan udang isi tak lembik dan lembut

Air Mula Marah.....